Pages

Cyber Snatcher


Someone stole my photo & published in the blog above. See link.

Terkejut nya bila ada member blogger tanya samada Along ada nickname kat blog lain ke sebab dia nampak gambar masakan Along kat sana. Bila Along check memang sah gambar ayam tu Along yg punya. Ini komen Along:
Here is my comment:
1. Tolong lah beradab sikit sebgai orang Melayu, tak baik kita ciplak hak orang lain & pas tu mengaku kepunyaan sendiri. Minta izin pun tak pernah...isyk... kurang asam tul!
WATCH YOUR MANNER....
2. Tujuan kita buat blog sebab nak kongsi ilmu atau pun nak kongsi hasil keringat kita kat dapur, bukan tujuan2 lain. Ini sedap2 je copy respi & gambo orang lain tanpa usaha sikit pun, cuma nak set-up blog. Kalau nak tunjuk respi kena lah cuba sendiri juga. Kalau takda modal baik je jangan buat blog tau! Agak nya nak kutip duit iklan lah kot buat blog tu!
IF YOU HAVE NO IDEA, DO NOT SET-UP BLOG!
3. Malas nak celoteh panjang-panjang....

p/s Lepas kena komen, gambar dah di tukar kat link above tapi masih juga cilok gambar orang lain....! Along puji MyResipi sbb administrator dah warning respi mesti gambar sendiri.

pp/s Hari ni 8Oct, photo yg di cilok dari blog lain sebagai ganti gambar Along dah removed terus di link tu selepas Along beri komen. Respi2 dan photo2 yg lain tu tak tau lah camna, terpulang lah empunya masing2 nak komen...

0 comments:

Post a Comment